Million of thoughts, Thousand of minds, Hundred of risks, Trillion of smiles.... ;)
Anda terpilih sbg......kwang....kwang...kwang.....
Thursday, July 30, 2015
Post bersawang daaaaaa....
Lama nau nau tak update... ada kot 2 thn... in shaa allah... akan ku update (kalau sempat la)... heheheh
Btw... just to inform... me skrg dah ada 3 boys... sblm ni cuma ada Haiqal n Rayyan... to skrg dah bertambah seorang lagi... Muhammad Nadz Adzfar bin Rosdin... D.O.B : 22.2.2014... now dah 1yr plus dah.... hikhikhik... ok... adios...
P/s... kat bawah ni kira gambar yg latest kitorg satu family la... hikhikhik...
Wednesday, July 03, 2013
Aku..... errrrrrrr...... hmmmmmm..... haish.....
Dah lama gila kot aku tak update blog ni... dah bersarang... bukan takat labah labah je buat sarang... dah mcm zoo semua bunatang buat sarang kat blog aku... heheheh...
Maklum lerrrrr.... bizi kan... hahahahha.... (bizi la sangat)
Anyway... just to inform....Im pregnant....
Yeah.... Ho yeah.... Hopefully everything gonna be ok...
Chow....
Monday, October 15, 2012
MAKNA FITNAH DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH
Salam
Info dan Ilmu untuk semua…
Kalimah Fitnah الفتنةdalam bahasa Arab bermaksud: Ujian dan cubaan.
Imam Ibnu Hajar berkata:
Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار(ujian) dan الإمتحان(ujian)
Ibnu Manzur, Al-Azhari dan lainnya berkata:
"Asal makna fitnah adalah الإبتلاء(cubaan), الإمتحان(Ujian) dan الإختبار(ujian)."
Apapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:
"Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau pun keburukan sesuatu."
Makna Fitnah Dalam Al-Quran pula adalah berbeza. Ianya seumpama berikut:
1. Fitnah yang membawa maksud Syirik.
Firman Allah :
"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh."(Ayat 191: Surah Al-Baqarah)
"Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik."(Ayat 193 : Surah Al-Baqarah)
"dan Syirik lebih besar dosanya dari membunuh."(Ayat 217 : Surah Al-Baqarah)
2. Fitnah dengan makna ujian dan cobaan.
Firman Allah:
"Dan kami uji kamu (Nabi Musa) dengan pelbagai ujian yang besar." (Ayat 40 : Surah Toha)
"Dan sesungguhnya kami telah menguji ummat yang terdahulu."(Ayat 3 : Surah Al-Ankabut)
3. Fitnah membawa maksud seksa
Firman Allah:
"Sesungguhnya orang-orang yang menyeksa orang-orang beriman lelaki dan perempuan ... "
Begitu juga makna fitnah pada ayat 10 surah al-Ankabut, ayat 14 surah az-Zariat dan ayat 110 surah an-Nahl.
4. Fitnah membawa maksud dosa.
Firman Allah:
"Dan sebahagian mereka ada yang berkata "izinkanlah aku untuk tidak berperang dan janganlah menyebabkan aku berbuat dosa. Ketahuilah mereka yang telah terjebak dalam dosa (dengan tidak mahu pergi berperang)."(Ayat 49 : Surah At-Taubah)
5. Fitnah bawa maksud kekufuran.
Firman Allah:
"Sesungguhnya mereka inginkan kekufuran."(Ayat 48 : Suarh At-Taubah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 7 surah Ali-Imran.
6. Fitnah bawa maksud pembunuhan dan kebinasaan.
Firman Allah:
"Sekiranya kamu takut orang-orang Kafir membunuh kamu."(Ayat 101: Surah An-Nisa)
Begitu juga fitnah pada ayat 83 Surah Yunus.
7. Fitnah yang membawa maksud berpaling dari jalan yang benar.
Firman Allah:
"Dan berwaspadalah dari mereka yang hendak memesongkan kamu dari jalan kebenaran."( Ayat 49: Surah Maidah)
Begitu juga dalam ayat 73 surah al-Isra.
8. Fitnah yang membawa maksud sesat.
Firman Allah :
"Dan sesiapa yang Allah hendak menyesatkannya."(Ayat 41 : Surah Al-Maidah)
Begitu juga fitnah dalam ayat 162 surah as-Soffat.
9. Fitnah yang membawa maksud alasan.
Firman Allah :
"Kemudian tidaklah ada alasan mereka melainkan mereka berkata "Demi Allah wahai tuhan kami, kami bukannya orang-orang musyrikin." (Ayat 23 : Surah Al-An'am)
Sebahagian tafsir menyatakan fitnah disini bermaksud jawapan.
10. Fitnah yang membawa maksud gila
"Maka kamu akan lihat hai Muhammad dan mereka akan lihat siapakah yang gila."(Ayat 6 : Al-Qalam)
MAKSUD FITNAH DALAM HADIS
1. Fitnah yang membawa maksud perselisihan dan peperangan
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku." (Imam Bukhari dan Muslim)
2. Fitnah bermaksud ujian dan cubaan
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Maka hendaklah kamu berwaspada terhadap dunia dan waspada terhadap wanita, sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa Bani Israel adalah wanita."(Hr Muslim)
3. Fitnah bermaksud melalaikan dan melekakan.
Hadis Nabi Muhammad SAW:
"Sekiranya baginda mendengar tangisan bayi, Baginda akan meringankan solatnya kerana bimbang ibunya akan terleka dengan tangisan ibunya."(Hr Bukhari)
4. Fitnah bermaksud penyeksaan dan pembunuhan
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Dahulu seorang lelaki di seksa kerana mempertahankan agamanya, samada orang-orang kafir membunuhnya atau menyeksanya."(Hr Bukhari)
5. Fitnah bermaksud berlaku kemungkaran dan kemaksiatan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Apabila datang seorang lelaki yang baik agama dan akhlaknya melamar anak mu maka hendaklah kamu kahwininya dengan anak mu. Kalau tidak, akan berlaku kemungkaran dan kerosakan yang besar di muka bumi." (Hr Ibnu Majah)
6. Fitnah bermaksud memaksa untuk kembali kufur.
Nabi bersyair ketika menggali parit di peperangan khandak:
"Sesungguhnya musuh-musuh telah menganiaya kami. Sekiranya mereka hendak memaksa kami kembali kufur, kami enggan."(Hr Bukhari dan Muslim)
7. Fitnah bermaksud menjauhkan dari agama
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada Muaz ra:
"Wahai Muaz adakah engkau hendak menyebabkan manusia lari dari ajaran agamanya?"(Hr Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan: Fitnah mempunyai pelbagai makna dan maksud di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Masyarakat selalu menggunakan fitnah untuk makna tuduhan, sehinggakan mentafsirkan kalimah fitnah ayat berikut dengan tuduhan palsu, sedangkan maknanya adalah syirik:
"Syirik lebih dahsyat dosanya daripada membunuh." (Surah 191 : al-Baqarah)
Banyak di kalangan masyarakat mentafsirkan fitnah kepada tuduhan yang tidak benar. Sedangkan tidak ada fitnah yang bermaksud tuduhan dalam Quran, hadis dan bahasa Arab. Ini satu pentafsiran mengikut hawa nafsu.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sesiapa yang berkata tentang Quran dengan akal fikirannya atau apa yang dia tidak tahu ilmu tentangnya maka hendaklah menempati tempatnya di Neraka." (Hr Tirmizi)
Firman Allah SWT:
"... Allah mengharamkan kamu bercakap tentang Allah apa yang kamu tidak tahu." (Ayat 33 : Surah Al-Araf)
Berhati2lah ketika kita mentafsirkan al-Quran kerana ia adalah kalamullah. Kita tidak boleh mentafsirkan sendiri dan kita hendaklah hanya mengambil dari para pentafsir yang muktabar.
RUJUKAN: Sofawatut Tafasir oleh Sobuni, Tafsir Ibnu Kathir dan
al-Fitnah oleh Dr Ibrahim ad-Darwi
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Wallahullam...
Wassalam...
FITNAH
Sebenarnya aku takde mood nak blogging today... tp nak lepas geram punya pasal... tulis jugak la..
Korang pernah kena fitnah? 1st time in my life... aku kena fitnah dgn berok a.k.a mangkuk hayun nih... sesuka hati je nak fitnah org...
Mulut tu sentiasa je sebut Subhanallah... Istighfar... mengucap la... tp hati korang mmg busuk kan... fitnah org... aku akui aku ni bukan la baik sangat pun... tp takde la sampai aku nak fitnah org... takde la smpi aku nak buat hubungan terlarang dgn laki org... Aku masih ingat Allah... Aku masih ingat suami n anak anak aku... aku masih ingat keluarga aku... arwah abah aku dah beri didikan agama even tak lengkap tp still aku boleh membezakan yg mana halal atau haram...
Suami, anak anak & keluarga aku adalah harta aku dunia akhirat... harta yg tidak ternilai... aku dah cukup bersyukur dijodohkan dgn suami aku skrg...
Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.
Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
PMD Team Building 2012
Just nak update my blog... last 2 weeks me and the PMDs baru je balik dari Team Building kat Tanah Aina Farrah Soraya, Bentong, Pahang... tpt dia mmg superb.... cantik sgt... kalau korang nak tau pasal Tanah Aina.. boleh la ke website dia: www.tanah-aina.com. Kat situ korang boleh la nak view gambar gambar dia... mmg cantik...
Kat sini jugak aku share gambar gambar yg ada...
Tuesday, September 18, 2012
AKU TAK SELESA DGN SI DIA...
Korang....
Korang penah tak rasa yang korang sangat sangat la tak selesa dengan anyone? Anyway... aku ada sorang kat opis nih... mmg aku tak selesa sgt dgn dia... dont know why.... ceh... mc tajuk lagu plak...hehehe...
Apa yang membuatkan aku tak selesa? hmmmm... cara dia memandang... cara dia bercakap... mcm ada something....
tak tau la korang... maybe aku yg perasan kot... tp....MEMANG AKU TAK SELESA DGN DIA....
Tp kan... ada sorang lagi yg mmg aku selesa utk berborak... hehehehe.... gediks la pulak...
ok... chows... ketemu lagik yuks...
Thursday, September 13, 2012
Labah Labah
ok...chan chin chow...
p/s... tajuk ngan isi kandungan post ni takde kena mengena...tp ada aku care??? hikhikhik...
Tuesday, January 17, 2012
Demam K-Pop...
Aku dah lama tak hupdet blog aku nih... bukan apa...busy la...cewah....heehhe...

Wednesday, April 20, 2011
Gambor....
!
Hmmmm....
One funny thing happen yesterday..... hikhikhik...
Funny sbb secretary yg kononnyer dah kejer lama dgn company ni tak tau buat kejer....or dgn kata lain...malas nak buat kejer...yg dia tau...semua kejer dia nak pass kat org.... huhuhu...
Semalam (19/04/2011), Datuk CEO nak jumpa dengan department kitorg.... So...once CEO's secretary dah email to department secretary informing the confirm date.... pandai pandai la kau booking conference room kan... in tak.. semua nak harapkan org lain yg buatkan utk kau...
So... pkl 2.30 ptg jer mrs secretary ni dah kalut kalut suh kitorg semua naik ke level 3...kononnya nak buat kat Multipurpose Room Level 3 la... yg best nyer...sampai sampai jer kat atas nun...bilik tu ada org pki... check punya check ropernya...dia tak book pun bilik... dia boleh ckp plak yg sepatutnya CEO's secretary yg kena book kan... lawak la pompuan nih... department lain punya takder masalah pun.. boleh plak diorg booking sendiri jer...
Pastu nak main salah salahkan org lain... haish...tak baik oo...ahaks....
nak selamatkan keadaan... CEO's secretary pun bg la pki kan Conference Room kat Level 1.... seb baik la dia jut ignore jer....
Ingatkan dah settle la... lepas jer habis...our HOD ask her la kot kot ada refreshment...dia boleh nak buat mcm marah marah... konon nya bukan dia yg sepatutnya kena buat...
Hello pompuan.... ko kan department's secretary... ko kena la sediakan...
Tu la... lain kali...belajar belajar la buat kejer cik kak oi... jgn tau mengarah...men pesbuk...bergosip jer...huh....
Chow, Adios...
Sunday, April 17, 2011
Aku luper......
Friday, December 17, 2010
JoDoH.... kebetulan yg betul.....
Dah lama aku tak update kan blog aku nih.... hehehe..... busy bangat la sekarang nih.....
ok....berbalik pada tajuk..... org tua tua kata... kalau kita bermimpi di patuk ular.... akan dipinang org.... yer atau tak....aku pun tak tau sbb aku tak penah dpt mimpi cenggitu..... ahaks....
tp kan bab mimpi ni... aku ada story la nak tell u allz.... hehehhe.... mimpi ni aku alam masa aku study dulu.... yang tau citer ni cuma 2 org jer masa tu....
first aku mimpi... ada org dtg nak merisik aku.... si lelaki pun dtg sama tp masalahnyer aku tak nmpk muka dia.... cuma nmpk dr belakang jer.... biler sedar jer dr tido... frust jugak sbb tak nmpk wajah bakal laki haku.... hahahhah..... ingatkan mimpi tu habis setakat tu jer ....
sebulan lepas tu..... aku mimpi aku bertunang plak..... kali ni pun sama jugak.... aku tetap tak nmpk wajah bakal suami aku.... aku dah mula heran bin ajaib.... yg kawan aku plak siap bantai gelak sbb dia kata ada "to be continued".... hampeh......
tak lama lepas tu aku mimpi lg.... kali ni majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki.... still tak nmpk wajah suami aku.... cuma yang aku perasan... rumah pengantin laki tu separuh batu n separuh papan......
lepas tu dah takder mimpi lagi.... n aku pun decide just forget about it.... wahhhh....mak speaking london plak.... heheheh.....
CUMA.... jeng...jeng...jeng..... bila aku berjumpa dgn suami aku skrg..... bru aku teringat blk mimpi2 aku tu..... sbb apa???? sbb semua yg jadi mcm dalam mimpi aku.... mcm dejavu.... n satu kebetulan yg amat betul....rumah mak mertua aku mmg separuh batu n separuh papan...... hmmm..... what can i say......
Apa apa pong..... aku dah selamat berkahwin dgn my beloved hubby.... dah 2 anak dah pun skrg.... I'm happy wit my family..... hikhikhiik.....
Wednesday, October 13, 2010
1st time in my life......
Friday, October 08, 2010
08/10/2010
Sebenarnyer aku ada byk benda nak post dalam blog nih tp mcm takder mood plak....hish....bosan nih...nnt la aku post yer..... Tunggu la biler biler klu aku ada mood blk.....
Adios.....
Monday, September 20, 2010
sambungan dr Luahan hati seorang anak kepada aruah.....
Assalamualaikum....
Memang aper yg along tulis dalam blog dia tu betul.... mmg kami semua merindui abah.... terutama aku.....
Abah,
Semakin dekat akak akan berkahwin....abah selalu tanya akak "betul ker akak nak kawin?"...banyak kali abah tanya.... akak tau abah berat hati nak lepas kan akak.... tp akak still rasa gembira and lucky sbb abah sempat merestui perkahwinan akak..... Thanks to Allah.....abah bless me.... abah selalu kata.... "akak kan anak abah"..... yup..... akak mmg anak abah selamanyer...... I'm proud to be your little girl....always..... n akak rindu kan perkataan tu dr mulut abah..... Akak takkan lupakan mcm mana bersusah payah nyer abah masa nak mendaftar utk pernikahan kami..... membuat segala persiapan....nak kena beli perabot baru lg.... masa tu mmg kelam kabut skit tp akak tau abah happy sbb abah yg uruskan semua tu sendiri....
Abah....
Byk kali akak buat abah marah... tp abah tak perna pun nak marah2 @ mengamuk...selalunya abah cuma akan slowtalk atau pun plg teruk pun abah akan berdiam diri tak bercakap... Cukuplah sekali akak dah kena... Thn 1998... sebulan abah tak ckp dgn akak...sebab apa? biarlah menjadi rahsia kita.... Tp yg plg syahdu, masa raya 1999, akak cium tgn abah utk mintak maaf... abah plak dgn nada bergurau ckp " ni byk dosa nih" tp abah usap kepala akak... masa tu aka tau yg abah dah maafkan akak.... huhuhu...
Abah...
Akak tak penah berahsia dgn abah...Semua benda akak akan ceritakan kat abah....even kat mak pun tak sangat... bg akak...abah la my best friend forever... Abah ingat lg tak..makciak Jariah penah ckp... Mana ada anak perempuan dgn bapak boleh rapat macam akak dgn abah masa zaman dia dulu.... Dulu anak takut sgt dgn bapak tp skrg anak dgn bapak dah mcm kawan.... Akak mmg suka sgt masa tu.... Even kawan akak dekat Uitm pun penah ckp.... ko ni anak bapak kan? walaupun dia sendiri tak penah jumpa abah n tak penah tgk kita sekali...
Abah....
Masa akak dapat 3A 1B dlm UPSR... abah la yg plg happy.... Abah yg excited nak isi segala form2 sekolah berasrama... tp bila akak dapat duduk hostel...abah plak berat hati.... byk kali abah tanya "betul ke akak nak dok asrama?" dan ada sekali tu abah pujuk akak supaya tak payah dok hostel....Abah sanggup ambil hantar dr sekolah tiap2 hari... Dan itu jugak la yg abah buat masa akak dah taknak duduk asrama masa form 4.
Setiap kali exam pun abah tak penah nak melenting....or marah....
Abah......
Satu perkara yg plg akak kesalkan sampai ke hari ini.... Tanggal 07/11/2006, petang tu mak call akak. Mak ckp yg abag merungut yg dah lama akak tak call. Maafkan akak abah... Bukan akak tak call langsung tp kebanyakannya akak ckp dgn mak. Akak tak sempat nak ckp dgn abah... Bila mak call ptg tu, kebetulan akak tgh kejarkan deadline keje.... and ada discussion... akak ckp dgn mak yg akak akan call blk malam tu tp akak mintak maaf.... Akak sungguh2 terlupa sampailah bila abgcik call kata abah kena athma and dia dah bawak abah pg hospital.... Pkl 2 pg abgcik call lg. Dia kata abah dah ok & takleh cakap phone sbb tgh drive... Akak ingat akak nak call la pg tu.... Akak mmg nak ckp dgn abah tp tak kesampaian... Bila dik ayu call pkl 5.30 pg ckp abah kena athma blk... akak dah risau.... Dia ckp kalau ada apa2 nnt dia call blk sbb dia nak call along plak.... tp abah... tak smpi seminit dia call akak blk... Dia nangis nangis cakap abah dah takder.... Allah jer tahu perasaan akak masa tu abah.... Akak marah dayu.... benda mcm ni jgn buat main main.... tp itu hakikat yg perlu akak terima... akak jadi tak tentu arah abah.... Abah dah tinggalkan akak...tp akak tak call abah lg... akak tak sempat nak cakap dgn abah lg... Ya Allah... masa tu mmg hancur luluh hati ni bah.... Sedih sangat sangat.... Ptt la masa akak nak blk Melaka (Raya ke3) tu... akak tgk berlainan sgt pandangan abah... Pandangan yg sayu.... pandangan yg mcm dah takder pertemuan lg..... Masa tu akak terfikir...mcm mana dgn akak.... sbb abah is everything to akak.... Tok Perak ada ckp kat mak... walaupun suami mak (abah) dah takder...tp mak masih ada bapak (tok perak).... tp akak???? Abah dah takder.... kat saper lg akak nak mengadu....
Abah....
Masa Raya Haji thn tu... 1st time kitorg beraya tanpa abah.... mak n adik beradik semua beraya kat ipoh rumah maksu... akak plak blk melaka rumah mertua.... malam takbir tu akak kat dapor dgn mak mertua dgn abgdin.... biler dgr jer takbir raya...akak terus lari masuk bilik... akak nangis kat bilik.... sedih sgt sbb abah dah takder....
Masa mula mula abah takder...mmg akak susah nak terima...Depan adik beradik yg lain terutma depan mak...akak tunjuk yg akak kuat...tp abah...sebenarnya akak la yg plg lemah... Setiap kali sendirian mesti akak nangis...smpi kan satu tahap akak nak sgt abah dalam mimpi akak.... Akak tertanya tanya kenapa org lain mimpikan abah tp akak tak..... Akak smpi terfikir... Abah marah kat akak ker?... itu la selalu buat akak murung... sedih...depressed.... Akak kat kuat bah... akak tak boleh pg kejer... sbb terlalu sedih... tp akak tak ceritakan pada sesiapa pun... yg tahu cuma abgdin... Malam malam akak nangis...setiap hari.... sampaila ada seorang kakak tu yg beritahu akak.... akak tak bermimpi kan abah tak bermakna abah tak sayang kan akak.... bila akak tak bermimpi maknanya abah takder masalah di sana...dan abah taknak susahkan hati akak.... Sejak itu la bah...akak mula sedar yg akak harus terima kenyataan dan harus lepaskan abah.....
Abah....
Sekarang ni Alhamdulillah kitorg adik beradik dah boleh terima kenyataan... even berat nak terima tp abah tetap di hati kami semua.... kami semua redha.... Hidup ni perlu diteruskan cuma kadang kadang tu akak rasa kosong.....
Abah...akak sayang abah.... sayang sangat sangat..... rindu....always..... Abah.... always in my heart...
Al-Fatihah......
Friday, September 17, 2010
PETUA : Supaya Isteri isteri sentiasa dara....
|
Fadhilat Bercium???
Salam... utk semua.... lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer.....yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak.. neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.
Fadhilat Bercium???
Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan....
3 Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.
4 Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.
5.. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.
9.
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."
Tazkirah hari ini
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SA.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r..a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
2. Dia tidak mahu keluarkan
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
Pesanan Buat Suami
Salam....
Utk renungan kita bersama...... just nak share sedikit info.....got from a friend.....
Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami degil tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu?
Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh.
Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.
Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga.
Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan











