Anda terpilih sbg......kwang....kwang...kwang.....

Monday, October 15, 2012

FITNAH

Salam...

Sebenarnya aku takde mood nak blogging today... tp nak lepas geram punya pasal... tulis jugak la..

Korang pernah kena fitnah? 1st time in my life... aku kena fitnah dgn berok a.k.a mangkuk hayun nih... sesuka hati je nak fitnah org...

Mulut tu sentiasa je sebut Subhanallah... Istighfar... mengucap la... tp hati korang mmg busuk kan... fitnah org... aku akui aku ni bukan la baik sangat pun... tp takde la sampai aku nak fitnah org... takde la smpi aku nak buat hubungan terlarang dgn laki org... Aku masih ingat Allah... Aku masih ingat suami n anak anak aku... aku masih ingat keluarga aku... arwah abah aku dah beri didikan agama even tak lengkap tp still aku boleh membezakan yg mana halal atau haram...

Suami, anak anak & keluarga aku adalah harta aku dunia akhirat... harta yg tidak ternilai... aku dah cukup bersyukur dijodohkan dgn suami aku skrg...




Pada korang yg sesuka hati fitnah... aku doakan korang taubat la... Jgn minta maaf dgn aku sbb aku takkan maafkan korang... ini dendam aku... Sekali maruah aku... rumah tangga aku korang main tendang sesuka hati... sampai akhir hayat pun aku takkan maafkan...

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment